Friday, May 28, 2010

Wanita cantik bawak penyakit.. btol ke?

(dipetik dari: Metro, Rabu 5 mei 2010)

London :
Menemui wanita cantik adalah tidak baik untuk kesihatan anda

Menurut kajian saintis Universiti Velencia, dengan hanya lima minit bersama seorang wanita jelita boleh meningkatkan paras kortisol, hormon stres tubuh.

Kesan itu meningkat dikalangan lelaki yang percaya wanita berkenaan bukan setaraf mereka.

Kortisol dihasilkan oleh tubuh dibawah tekanan fizikal dan psikologi dan dikaitkan dengan penyakit jantung.

Penyelidik menguji 84 pelajar lelaki dengan meminta setiap seorang dariada mereka duduk di dalam bilik dan menyelesaikan teka teki sudoku.

Dua orang asing, seorang lelaki dan seorang wanita juga berada dibilik yang sama.

Apabila wanita berkenaan meninggalkan bilik dan responden hanya tinggal bersama lelaki asing itu, tahp tekanan tidak meningkat.

Bagaimanapun bila responden berduaan dengan wanita asing itu, tahap kortisol mereka meningkat.

Penyelidik merumuskan : “Dalam kajian ini, kami mengangap, bagi kebanyakan lelaki, kehadiran wanita jelita mungkin mencetuskan persepsi bahawa terdapat peluang untuk berkenalan.

“Walaupun sebahagian lelaki munkin mengelak menemui wanita jelita kerana beranggapan mereka tidak setaraf, mejoriti akan berasa bimbang serentak dengan tindak balas hormon.

“Kajian ini menunjukan paras kortisol lelaki meningkat selepas pendedahan sosial lima minit bersama wanita muda jelita.

Kortisol boleh memberi kesan positif jika dosnya kecil. “Tetapi jika parasnya meningkat begitu tinggi, ia boleh memburukan kesihatan seperti menyebabkan sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan MATI PUCUK. – Agensi

0 ulasan:

Post a Comment